Tempatan

“Apa yang Pasukan Jihad Ni Tahu Pasal Harga Barang Mahal?”

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 04 Julai 2022 – “Apa yang pasukan jihad ni tau pasal harga barang mahai?” berikut merupakan antara soalan yang dilontarkan oleh Zouhair Rosli, pakar ekonomi, berikutan penubuhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi oleh Kerajaan baru-baru ini.

Menurut ciapannya, beliau turut menyentuh tentang purata gaji bagi ‘Pasukan Khas Jihad’ tersebut, yang jauh lebih tinggi berbanding gaji purata Malaysia.

“Purata gaji ahli pasukan jihad ni RM 60,000 sebulan,” tegasnya.

Berkongsikan poster Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Zouhair turut mempersoalkan sama ada ahli-ahli Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi terkesan dengan kenaikan harga.

“Ahli pasukan jihad ni terkesan tak dengan kenaikan harga sekarang?” soalnya.

Terdahulu, Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri telah mengumumkan penubuhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang dianggotai oleh Tan Sri Annuar Musa (Menteri Komunikasi dan Multimedia), Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz (Menteri Kewangan), Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee (Menteri Pertanian dan Industri Makanan), Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi (Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna), Dato’ Sri Mustapa Mohamed (Menteri Ekonomi Di Jabatan Perdana Menteri) dan Tan Sri Mohd. Zuki Ali (Ketua Setiausaha Negara).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: