Tempatan

PM Kecewa Majikan Bayar Gaji Tak Setimpal

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 26 Julai 2022 – Sikap sesetengah majikan yang menawarkan gaji yang tidak berpatutan jika dibandingkan dengan kelayakan dan skop tugasan yang dikehendaki, dan hal ini menimbulkan rasa kecewa Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau mengingatkan majikan tentang kenaikan kadar gaji minimum kepada RM 1,500 yang dikuatkuasakan oleh Kerajaan pada awal Mei baru-baru ini; dan berpesan supaya hal ini mendapat penekanan serius oleh majikan.

“Saya meminta supaya pihak majikan mengambil serius mengenai perkara ini kerana pekerja merupakan tunjang utama dalam mana-mana organisasi di mana mereka boleh ‘make or break’ sesuatu perniagaan,” tegasnya seperti dilaporkan Awani.

Dalam ucapannya di Majlis Perasmian Ekspo Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022, beliau turut menggesa supaya Kementerian Sumber Manusia (KSM) berunding dengan pihak majikan bagi mencapai sebuah solusi terhadap permasalahan ini.

“Saya juga ingin menyeru kepada para majikan termasuk agensi Kerajaan, syarikat berkaitan Kerajaan dan swasta supaya menyediakan peluang kerja dan insentif terbaik untuk pencari kerja,” pesan beliau lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: