Dasar Gaji Progresif Singapura Wajar Dicontohi, Utamakan Pekerja Tempatan
KUALA LUMPUR, 21 Ogos 2023 – Pelaksanaan dasar gaji progresif di Singapura wajar dijadikan contoh bagi memastikan pekerja tempatan bergaji rendah memperoleh kadar gaji minimum.
Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Norsyahrin Hamidon berkata dasar tersebut juga dilaksanakan supaya pekerja tempatan mendapat kenaikan gaji sewajarnya melebihi gaji pekerja asing.
Di Singapura, dasar ini terbukti berjaya di mana ia meningkatkan gaji serta memperbaiki taraf hidup pekerja bergaji rendah di beberapa sektor negara itu.
BACA JUGA: Harga Minyak Naik Di Syria, Penduduk Sweida Berdemo
BACA JUGA: Cuaca Lembap Boleh Kurangkan Kesan Jerebu Kalimantan – METMalaysia
BACA JUGA: 77 Hotspot Kebakaran Dikesan Di Sarawak
Jelas beliau, dasar itu merupakan penambahbaikan kepada dasar gaji minimum yang telah dilaksanakan sebelumnya, namun tidak berupaya menaikkan gaji pekerja.
Sehubungan itu, Norsyahrin mencadangkan agar Malaysia menggunakan pendekatan lebih luas dalam jangka panjang, melangkaui gaji minimum dan juga melangkaui beberapa langkah penambahbaikan.
Ini termasuk mengurangkan pengambilan pekerja asing, menggalakkan penyatuan pekerja, menggalakkan perundingan kolektif sekali gus menetapkan semula dasar perindustrian dan pelaburan negara.