Karachi Umum Darurat Cuaca
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KARACHI, 26 Julai 2022 – Kerajaan Wilayah Sindh, Karachi mengisytiharkan darurat cuaca selepas negara itu lumpuh berikutan hujan monsun yang turun lebih lebat daripada biasa terus melanggar bandar terbesar Pakistan itu semalam.
Hujan monsun yang turun lebat dari kebiasaan itu menyebabkan kawasan perumahan dan jalan-jalan raya dilimpahi banjir sehingga tidak dapat dilalui.
Infrastruktur termasuk jambatan, lebuh raya dan jalan raya rosak sekali gus mengganggu lalu lintas.
Sekurang-kurangnya dua penduduk terkena renjatan elektrik pada hari Isnin selepas tiang elektrik tumbang ke jalan yang dinaiki air – punca kematian yang biasa di negara itu sewaktu musim tengkujuh. Manakala dua orang lagi maut selepas bumbung rumah mereka runtuh menghempap mangsa.
Selain itu, perkhidmatan kereta api dan operasi penerbangan di Karachi juga terganggu dan digantung susulan hujan lebat yang melanda.
CNN melaporkan, sekurang-kurangnya 15 maut sejak Sabtu selepas banjir melanda ibu negara tersebut.
Susulan fenomena alam luar biasa itu, ramai penduduk yang telah menyimpan bahan api untuk penjana mereka sekiranya berlaku gangguan bekalan elektrik.
Banjir terburuk dicatatkan adalah pada 2010 iaitu meliputi hampir satu perlima daripada kawasan daratan negara yang men