Tempatan

Kenaikan Gaji Minimum RM1,500 Jejaskan Pemulihan Ekonomi – Soh Thian Lai

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 29 April 2022 – Kenaikan gaji minimun daripada RM1,200 ataupun RM1,100 kepada RM1,500 ketika ini akan memberi kesan kepada kos gaji keseluruhan serta kos perniagaan yang berpotensi menjejaskan pemulihan ekonomi, menurut Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).

Tan Sri Dato’ Soh Thian Lai berkata, “Pihak industri telah berulang kali menegaskan bahawa ia menyokong semakan semula terhadap gaji minimum tetapi berdasarkan faktor ekonomi semasa di mana persekitaran perniagaan terus berada dalam keadaan tidak stabil, pelarasan progresif dengan peningkatan RM150 pada 2022 dan kenaikan seterusnya sebanyak RM150 pada 2023 untuk mencapai gaji minimum RM1,500 akan lebih terurus untuk industri.”

“Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terutamanya di kawasan pinggir bandar akan paling terkesan dengan kenaikan mendadak kos gaji ini memandangkan hanya perusahaan mikro akan dikecualikan untuk tempoh lapan bulan sehingga bulan Disember tahun 2022.”

Tambah beliau lagi, ketika ini industri sedang berdepan dengan kenaikan kos apabila perniagaan terus membina semula prestasi mereka ke tahap seperti sebelum berlakunya pandemik dan termasuklah kos bahan mentah, kos logistik serta harga tenaga yang lebih tinggi berikutan kenaikan harga komoditi.

Namun beliau berkata, “Kenaikan gaji minimum akan mendorong lagi kos pengeluaran dan membawa kepada tekanan inflasi yang lebih besar.”

Beliau menyuarakan kebimbangan tersebut susulan daripada kenaikan gaji minimum kepada RM1,500 yang bermula serta-merta mulai 1 Mei depan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: