“Bantu Kami Dengan Turunkan Harga Barang, Bukan Ajak Rakyat Memboikot” – PRMK
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KOTA BHARU, 02 Februari 2023 – “Jadi bantulah kami dengan turun dan kawal harga barang, bukan ajak rakyat memboikot,” kata Pengerusi Persatuan Restoran Melayu Kelantan (PRMK), Nik Hassan Mohd Zain.
Kenyataan beliau itu adalah merujuk kepada cadangan daripada Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli supaya rakyat ‘memulaukan’ kedai makan yang masih gagal untuk menurunkan harga makanan.
Menurut beliau, pihak Kerajaan sepatutnya menurunkan harga bahan mentah seperti minyak masak, ayam, daging, sayur dan seumpama dengannya sebelum memanggil rakyat untuk terus memboikot kedai yang menjual makanan dengan harga yang tinggi ini.
BACA JUGA: Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, Rujukan Kepada Perjanjian 1957 – Prof Shamrahayu
BACA JUGA: PERHILITAN Tingkatkan Penalti Kesalahan Sehingga RM1 Juta
BACA JUGA: Dana RM4 Bilion: Bersatu Dedah Penyata Akaun, Cabar PKR & DAP Buat Serupa
“Macam mana harga nak turun sedangkan bahan mentah semakin hari semakin naik. Kami pemain industri sudah berdepan pelbagai ‘tekanan’ untuk berhadapan dengan peningkatan kos ketika ini,” tegasnya.
Mengulas dengan lebih lanjut, beliau menyifatkan tindakan Rafizi itu sebagai suatu tindakan bersifat politik yang tidak wajar dipamerkan kepada pemain industri di saat harga bahan mentah sedang melonjak naik ketika ini.
Sehubungan itu, beliau menyeru pihak Kerajaan untuk mencari langkah penyelesaian bagi meredakan tekanan yang dihadapi oleh pemain industri.
Sebelum ini, Rafizi menyatakan bahawa Kerajaan tidak akan campur tangan dalam isu kenaikan harga ini dan berharap orang ramai memboikot premis yang terlibat.