Tempatan

Umat Islam Di Lembah Hina Bila Hakim Hindu Ajar Hijab Bukan Wajib – Aidil Khalid

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 23 Mac 2022 – Peguam, Aidil Khalid mengungkapkan kekesalan beliau dengan keputusan Mahkamah Tinggi Karnataka yang memutuskan bahawa pemakaian tudung bagi Muslimah adalah tidak wajib menurut agama Islam.

“Umat Islam pada hari ini benar-benar berada dalam lembah kehinaan. Seorang Hakim beragama Hindu yang memakai tilak di dahinya, dengan selambanya “mengajar” orang Islam bahawa hijab bukan sebahagian dari amalan wajib (essential practise) bagi para Muslimah, justeru tidak berhak membantah daripada menanggalkan hijab, apabila hendak masuk ke sekolah dan kolej di Karnataka, India,” tulis beliau di laman Facebooknya.

Menurut Ketua Hakim Ritu Raj Awasthi, Hakim Krishna S. Dixit dan Hakim J.M. Khazi, institusi-institusi pengajian melarang para pelajar Muslimah daripada memakai tudung kerana ia bukan sebahagian dari amalan wajib Islam.

BACA: Kita Adalah Negara Hindu, Tudung Tidak Dibenarkan Di Institusi Pendidikan

BACA: Kami Akan Cincang 60,000 Muslimah Bertudung Dengan Pedang – Pooja Veerashetty

BACA: Samseng Hindu Rempuh Masuk Kolej Ugut Pelajar Muslimah

“Tidaklah jika amalan berhijab tidak dipatuhi, yang tidak berhijab menjadi berdosa, Islam hilang kemuliaannya dan ia tidak lagi menjadi agama.”

Menurut barisan hakim itu lagi, arahan pakaian seragam adalah sekatan yang munasabah ke atas hak asasi di bawah Perkara 25 perlembagaan negara India.

“Idea persekolahan tidak akan lengkap tanpa guru, pendidikan dan pakaian seragam. Arahan pakaian seragam sekolah hanyalah sekatan yang munasabah yang dibenarkan oleh perlembagaan dan tidak boleh dibantah oleh pelajar.”

Maka, “Pakaian seragam sekolah tidak lagi seragam jika tudung berwarna sama dibenarkan. Dua kategori pelajar perempuan akan mewujudkan rasa ‘pengasingan sosial’, yang tidak diingini,” dakwa mahkamah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: