Tempatan

Gaji Minimum 1.5K: Malaysia Tertinggi Di ASEAN

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 16 November 2022 – Malaysia antara negara yang mempunyai kadar pemberian gaji minimum tertinggi dalam kalangan negara ASEAN, lapor sebuah portal tempatan.

Ia berikutan keputusan Kerajaan melaksanakan kadar gaji minimum RM1,500 bermula Mei lalu. Kenaikan kadar gaji minimum yang diwartakan menerusi Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 27 April lalu, adalah antara inisiatif Kerajaan untuk membantu mengurangkan beban kos sara hidup dan membolehkan rakyat memperoleh lebih banyak manfaat selepas negara turut terkesan dengan pandemik COVID-19.

Menurut pakar ekonomi, Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai, Malaysia boleh dilihat sebagai negara maju kerana gaji minimum pekerja antara yang tertinggi di ASEAN.

Tambahnya, gaji minimum seseorang pekerja itu akan meningkat kepada RM2,000 jika kenaikan gaji tahunan adalah sebanyak RM100 dalam tempoh lima tahun.

Kali terakhir gaji minimum dinaikkan adalah pada 1 Februari 2020, dengan kenaikan RM100 daripada RM1,100 ke RM1,200 sebulan, ketika pembentangan Bajet 2020. Penetapan gaji minimum ini juga selaras dengan peruntukan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 yang menetapkan keperluan mengkaji gaji minimum setiap dua tahun.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: