Tempatan

Indonesia Minta Gaji Minimum Pembantu Rumah Dinaikkan RM 1,500 – Menteri Sumber Manusia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 24 Februari 2022 – Kementerian Sumber Manusia (KSM) berharap Kabinet meluluskan kertas kerja Memorandum Persefahaman (MoU) yang dicadangkan tentang hak-hak pembantu rumah Indonesia, antaranya berkaitan gaji minimum, skop kerja dan perincian undang-undang untuk membawa mereka ke Malaysia.

BACA: Syarikat Bumiputera Mengaku Salah Tuduhan Bekal Minyak Masak Berlebihan
BACA: Naikkan Harga Atau Tiga Juta Telur Tiada Ramadhan Ini – Lee Yoon Yeau
BACA: Harga Barang Dijangka Naik Selepas Tahun Baru Cina – DPMM

Menurut laporan BFM, KSM menyatakan bahawa pihak Indonesia mengemukakan permohonan supaya dasar-dasar berkaitan hak pembantu rumah dikaji semula.

Terdahulu, Menteri Sumber Manusia, M. Saravanan menyatakan bahawa Indonesia memohon supaya gaji minimum pekerja asing ditingkatkan kepada RM 1,500 daripada RM 1,200 yang dilaksanakan sekarang.

“Satu isu yang dibangkitkan ialah Indonesia memohon gaji minimum RM1,500 tapi saya telah mencadangkan kita tidak boleh menetapkan gaji minimum RM1,500 sebab kita masih kuat kuasa gaji RM1,200,” ujarnya, seperti yang dilaporkan portal Awani.

Beliau turut menegaskan bahawa KSM tidak akan menghalang majikan-majikan atau syarikat untuk memberikan gaji yang lebih tinggi kepada pekerja asing.

Antara permintaan lain kerajaan Indonesia adalah supaya pihak di Malaysia berhenti mengambil warganegara Indonesia yang datang ke Malaysia menggunakan pas pelancong namun berkerja sebagai pembantu rumah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: