Tempatan

Malaysia Bukan Negara Islam? Ramai Buta Perlembagaan – Dato’ Profesor Haji Mahamad Naser bin Disa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 15 Julai 2022 – “Kit Siang, Wan Junaidi dan ramai lagi adalah antara pihak yang boleh dianggap buta Perlembagaan kerana tidak pernah memahami maksud tersirat Perkara 37(1) Perlembagaan Persekutuan,” tegas Dato’ Profesor Haji Mahamad Naser Bin Disa.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh Lim Kit Siang menerusi portal https://www.malaysia-today.net/2022/07/10/malaysia-was-never-meant-to-be-an-islamic-country-says-kit-siang/.

Menurutnya, Yang di-Pertuan Agong (YDPA) adalah the supreme head of Federation termasuk Sabah dan Sarawak. Sumpah YDPA atas nama Allah terpakai untuk seluruh Negara, bermaksud Allah SWT adalah Tuhan bagi seluruh Negara ini.

Pensyarah di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) itu berkata, penganut-penganut agama lain boleh memilih tuhan mereka untuk amalan personal mereka.

Namun, dalam bernegara sama ada rasmi atau tidak rasmi, Tuhan bagi Negara ini adalah Allah SWT. Sebab itulah Negara Malaysia beragama Islam.

Dato’ Profesor Haji Mahamad Naser mengingatkan bahawa cabaran besar kepada kita umat Islam, adalah –

1.Kita Tak Kenal Jati Diri Negara Kita

2. Kita Tak Tahu Kekuatan Kita

3. Kita Tak Kenal Musuh Kita

4. Kita Tak Tahu Cara Menghadapi Musuh Kita

5. Kita Tak Sedar Kita Sudah Ditewaskan Oleh Musuh Kita.

Jelas beliau lagi, Rukunegara kita adalah Akidah Negara Sumpah Rabbani, Memelihara Islam Bai’ah Hifzuddeen.

“Itu Sumpah dan Janji Diraja yang terpakai ke atas setiap warganegara. Sama ada Odori, Hindutva, Evangelis atau Demokrasi sekalipun must respect that paramount and sacred commitment.”

“Sentimen kononnya kita merdeka menerusi rundingan tanpa perjuangan perlu diubah,” tegasnya.

Beliau berkata, umat Melayu Islam telah berjaya menentang gerakan penjajahan sepanjang tempoh 450 tahun dan akhirnya berjaya membentuk Persekutuan Tanah Melayu pada 1957 diikuti Persekutuan Malaysia pada 1963 dengan meneruskan Kedaulatan Raja-Raja Melayu Islam sebagai pemerintah tertinggi dan ditadbir oleh rakyat tempatan berteraskan ajaran Islam sebagai Agama Persekutuan dan komitmen Sumpah Rabbani dan Baiah Hifzuddeen yang diwajibkan di bawah Perkara 37(1) Perlembagaan.

Justeru, dakwaan mana-mana pihak bahawa Malaysia tidak pernah dimaksudkan untuk menjadi negara Islam adalah dakwaan para pengkhianat,” tegas beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: