Majlis 10,000 Tanglung Merah, Tanda Permulaan Baharu Malaysia – Lim Kit Siang
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
BUTTERWORTH, 10 Januari 2023 – “Majlis penyalaan 10,000 tanglung sutera merah di Jalan Raja Uda ini amat bermakna dalam menandakan kedatangan permulaan baharu untuk Malaysia.”
Demikian kenyataan veteran DAP Lim Kit Siang berkenaan acara yang diadakan semalam bagi menyambut kedatangan Tahun Arnab sekali gus menyambut kedatangan Tahun Baru Cina di mana beliau turut mendakwa acara tersebut satu-satunya acara diadakan di Malaysia dan mungkin di dunia.
Dalam pada itu, beliau berkata, kedatangan era baharu ini juga sesuai untuk mencipta sebuah Bangsa Malaysia dari kepelbagaian masyarakat majmuk berbilang kaum, bahasa, agama, dan budaya serta ianya memenuhi kebutuhan negara yang memerlukan penetapan semula dasar pembinaan negara.
BACA JUGA: Pecah Masuk Bengkel & Curi Motosikal, Suspek Warga Asing Diberkas
BACA JUGA: HATI-HATI! Beruang Ceroboh Kubur & Makan Mayat Orang Asli Di Serambi Mekah
BACA JUGA: Gudang Jenama Terkenal Terbakar, RM100,000 Hadiah Kepada Individu Yang Menjumpai Pelaku
Seterusnya, Lim Kit Siang dalam kenyataannya juga mendakwa ia isyarat bermulanya usaha untuk menetapkan semula hala tuju negara, selain acara ini menandakan berakhirnya pandemik COVID-19.
Justeru, beliau mengajak orang ramai menjadikan majlis “Menyalakan 10,000 Tanglung Sutera Merah” sebagai isyarat kedatangan era baharu di mana rakyat Malaysia di dalam dan di luar negara dapat berbangga menjadi anak Malaysia.
Lim Kit Siang sebelum ini dalam satu kenyataan memperincikan tiga perkara bagi mengelak Malaysia menjadi sebuah negara mengamalkan sistem Kerajaan yang menggunakan hukum-hukum agama sebagai dasar pemerintahan negara.