Tempatan

Cari Punca Kuasa JAKIM Dalam Botol Whisky Mana Nak Jumpa! – Profesor Dato’ Mohamad Naser Disa

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 11 Februari 2022 – “Cari punca kuasa JAKIM dalam botol whisky mana nak jumpa!” itu sindiran tegas dan pedas dari mantan peguam kanan Persekutuan, Profesor Dato’ Mohamad Naser Disa.

Beliau berkata demikian bagi menyangkal dakwaan beberapa pihak yang mendakwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak mempunyai sebarang punca kuasa Perlembagaan.

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

BACA: Dos Penggalak Mungkin Bawa Penderitaan: “Istikharah Dahulu” – Mufti Perlis

Beliau yang juga mantan CEO Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) menjelaskan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

“Nama saja JAKIM, tapi punca kuasanya Perdana Menteri. Perdana Menteri dan seluruh Kerajaan Malaysia punca kuasanya pula ialah Yang di-Pertuan Agong (YDPA).”

“Tugas JAKIM itu untuk pelihara Agama Islam sebagaimana sumpah Baginda bagi jawatan YDPA di bawah Perkara 37 adalah kewajipan Perdana Menteri.”

“Itu yang saya katakan kalau dia cari punca kuasa JAKIM dalam botol whisky mana nak jumpa!” kata beliau.

Ketika ditanya di manakah Perlembagaan Persekutuan memberi punca kuasa kepada Pusat untuk mentadbir isu-isu Islam di Pusat, Dato’ Naser Disa menjawab,

“Hal ehwal Islam yang menyentuh perkara-perkara dalam Butiran 1 senarai Negeri Perlembagaan Persekutuan memang di dalam bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri.”

“Bukan bidang kuasa “Kerajaan Negeri”. Kerajaan Negeri sekadar melaksanakan dasar dan keputusan Majlis Agama yang diketuai oleh Baginda YDPA atau diketuai oleh Sultan bagi Negeri-Negeri lain.”

Tambahnya, ada pun hal ehwal Islam yang menyentuh perkara-perkara dalam senarai Persekutuan, JAKIM lah yang sepatutnya menasihati atau mengendalinya.

Tetapi pengagihan sebegini masih tidak begitu lancar dilaksanakan kerana kurang memahami pengagihan bidang kuasa mengenai Islam di kalangan orang politik, pentadbir dan ahli akademik.

Contohnya isu poligami, semua nak bercakap dan semua nak handle sedangkan ia adalah bidangkuasa Majlis Agama Islam Negeri-Negeri, kata Dato’ Naser mengakhiri kenyataan.

Leave a Reply

Back to top button