Tempatan

Beri Gelaran Tun Pada Lim Kit Siang – Tan Sri Robert Phang

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 25 Mac 2022 – Mantan jaguh politik senior DAP, Lim Kit Siang layak diberi gelaran Tun atas sumbangan besar beliau menghidupkan demokrasi di negara ini, menurut Tan Sri Robert Phang.

“Malaysia amalkan sistem Parlimen mengikut model Westminster Britain dengan dua Dewan Atas dan Dewan Bawah di Parlimen. Di Britain, pemimpin pembangkang diletakkan kedudukan yang sangat tinggi menurut aturan protokol.”

“Cadangan saya bersifat apolitikal dan cuma berdasarkan pengiktirafan yang tertangguh pada tokoh yang dijulang tinggi dalam sejarah politik yang sudah memberi sumbangan yang sangat besar bagi menjadikan demokrasi kita hidup dan aktif.”

“Dan saya secara jujur percaya, tidak dapat tidak gelaran Tun sesuai bagi Lim Kit Siang.”

Menurut beliau, Lim Kit Siang tetap teguh menghadapi pancaroba politik bagi menjadikan negara ini lebih baik dan inklusif, malah turut menjadi tahanan selama beberapa tahun bawah akta Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Beberapa hari yang lalu, Lim Kit Siang telah mengumumkan persaraan beliau dari arena politik setelah menjadi politikus selama 56 tahun.

Lim Kit Siang berkata, “Saya mengambil peluang ini untuk mengumumkan persaraan saya daripada politik.”

“Saya menarik diri dari bertanding pilihan CEC hari ini. Sila padamkan no. 39 dari senarai calon CEC anda.”

“Saya juga tidak akan bertanding dalam pilihan raya Parlimen atau negeri di masa hadapan.”

“Saya telah berada dalam parti selama 56 tahun.”

“Dua hari lepas merupakan ulang tahun ke-56 parti kita, dan selama ini saya melihat bagaimana parti kita telah berkembang dari sebuah parti pembangkang kecil yang mengambil bahagian pertama kali dalam Pilihan Raya Umum tahun 1969, sehingga menjadi sebuah parti politik utama yang berjaya menubuh kerajaan Persekutuan serta mengambil alih kerajaan di tujuh negeri bersama dengan rakan-rakan kita dalam Pakatan Harapan semasa PRU-14.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: