Tempatan

10,000 Lampu Tanglung, Malaysia Bukan Hongkong – Profesor Dr Ridhuan Tee

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 12 Januari 2023 – “Sudah buta Majlis Bandaraya Pulau Pinang untuk membenarkan semua ini berlaku? Ini bukan Hong Kong, tetapi MALAYsia, perkataan Malay itu, atau Melayu itu masih wujud. Itulah identiti yang tidak boleh ditenggelamkan oleh lampu tanglung,” tegas Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah dalam satu kenyataan.

Beliau yang mengulas berkenaan kenyataan veteran DAP, Lim Kit Siang, mempersoalkan mengapa identiti negara perlu ditenggelamkan oleh 10 ribu lampu tanglung yang mengalu-alukan kedatangan tahun baharu Cina tidak lama lagi.

BACA JUGA: Majlis 10,000 Tanglung Merah, Tanda Permulaan Baharu Malaysia – Lim Kit Siang

BACA JUGA: Telur Hilang: Mat Sabu Tengok Telur India?

BACA JUGA: KDN Jamin Permudah Urusan Pohon Kewarganegaraan

Sedangkan, negara lain seperti Brunei tidak membenarkan sama sekali perkara ini berlaku walaupun di sana ada 30 peratus Cina. Brunei tidak akan membiarkan negaranya tenggelam dengan identiti minoriti kerana mereka ada jati diri dan identiti, tanpa menafikan hak bukan Islam Cina, tetapi berpada-pada, tambah beliau.

Profesor Dr Ridhuan Tee menegaskan lampu tanglung ini hanyalah untuk menghidup satu bangsa agar menjadi dominan dan ini adalah budaya Yahudi.

“Identiti Malaysia ada Melayu Bumiputera. Mana boleh dipenuhi dengan semua tanglung 10 ribu di Jalan Raja Uda dan bandaraya Pulau Pinang. Ini tidak betul. Kenapa ultra kiasu begitu berani melakukannya.”

Menyedihkan, negara Malaysia menjadi seperti negara China ketika tiba Tahun baharu Cina tetapi apabila tiba Tahun Baharu Islam dan Hari Raya Puasa, lampu ketupat tidak sebanyak tanglung.

“Kenapa tidak sponsor lampu ketupat ketika Raya Puasa atau Tahun Baharu Hijrah,” katanya lagi.

Benar, negara ini ada sejarah interaksi dengan China, India, Arab dan Barat. Tetapi negara tidak boleh berubah identiti menjadi negara China, India atau Arab, apabila ada perayaan tertentu, ujar Profesor Dr Ridhuan Tee yang juga berpendapat bahawa kenyataan Lim Kit Siang tersebut tidak masuk akal dan tidak patut dikeluarkan.

“Ultra kiasu rasis ini tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sebegini dalam sebuah negara majoriti Melayu Bumiputera dan Islam.”

Oleh yang demikian, Profesor Dr Ridhuan Tee mengharapkan pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang mengambil tindakan sewajarnya agar negara ini tidak tenggelam dengan identiti minoriti.

Baru-baru ini, veteran DAP, Lim Kit Siang memaklumkan bahawa majlis “Menyalakan 10,000 Tanglung Sutera Merah” yang diadakan adalah menandakan berakhirnya pandemik COVID-19 dan isyarat kedatangan permulaan baharu untuk Malaysia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker