Tempatan

JAKIM Tidak Iktiraf Akreditasi dan Pembangunan Halal Australia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 16 Julai 2022 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) baru-baru ini menyatakan bahawa pihak JAKIM setakat ini tidak memberikan pengiktirafan kepada Akreditasi dan Pembangunan Halal Australia (AHDAA).

Lapor Utusan, susulan hal berkenaan, sebarang produk daging oleh mana-mana rumah sembelihan di bawah penyeliaan AHDAA dilarang untuk dieksport ke Malaysia.

Sekretariat Majlis Halal Malaysia JAKIM menjelaskan, mana-mana produk import tidak boleh dipasarkan di Malaysia menggunakan status “halal” melainkan setelah menerima pengesahan oleh JAKIM sendiri, atau oleh mana-mana badan pensijilan luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Jelas sekretariat tersebut, hal ini adalah merupakan ketetapan dalam Perintah 5(1), Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

Sekretariat tersebut juga berterima kasih terhadap maklumat yang diberikan berikutan isu kegiatan yang tidak mematuhi prinsip halal JAKIM oleh rumah penyembelihan luar negara.

“JAKIM juga berterima kasih atas maklumat yang diberikan berkaitan ketidakpatuhan rumah sembelih halal luar negara ini dan mengambil maklum mengenai perkara ini,” katanya lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: