Tempatan

Mana-Mana Pihak Yang Membela Pengkhianatan Terhadap Negara Adalah Penderhaka – Profesor Dato’ Mahamad Naser Disa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 12 April 2022 – “Mana-mana pihak yang membela pengkhianatan terhadap negara adalah penderhaka yang perlu disiasat di bawah Bab VI Kanun Keseksaan atau sekurang-kurangnya Akta Hasutan.”

Itu kenyataan mantan peguam kanan Persekutuan, Profesor Dato’ Mahamad Naser Disa secara tegas ketika ditanya mengenai kenyataan kontroversi pihak yang menyokong isu murtad umat Islam.

Pihak-pihak ini mendakwa pihak kerajaan dikatakan ‘memaksa’ rakyat untuk kekal menjadi penganut Islam sedangkan baginya tiada paksaan di dalam Islam.

Merujuk isu tersebut, Dato’ Mahamad Naser Disa berkata, ini adalah kenyataan yang terpesong dan menyeleweng serta bersifat menghasut yang boleh mendatangkan kacau bilau di kalangan rakyat Malaysia.

Ujarnya, Negara Malaysia ditegakkan atas rahmat Allah. Perjuangan memelihara kesucian keimanan dan aqidah Islam telah tercetus di alam Melayu sejak abad ke-11 lagi.

“Maka sudah tentulah ia menjadi kewajipan seluruh umat Islam untuk mempertahankan dan menegakkan syiar Islam ini.”

Bukan itu sahaja, kini secara jelas, termaktub dalam Perlembagaan, kedaulatan negara terpancar dengan sumpah Yang di-Pertuan Agong dengan nama suci Allah SWT.

Menurut beliau, itulah dia akidah Negara. Maka sebarang usaha untuk memperlekeh kesucian akidah Negara adalah suatu pengkhianatan.

Justeru, sekali lagi saya tegaskan, mana-mana pihak yang membela pengkhianatan terhadap Negara secara jelas adalah penderhaka dan mereka ini sesungguhnya perlu disiasat di bawah Bab VI Kanun Keseksaan atau sekurang-kurangnya Akta Hasutan.

“Pihak kerajaan perlu segera menyiasat perkara ini secara serius agar pihak-pihak yang berkenaan tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan menyeleweng terutamanya dari segi akidah, bersifat hasutan dan kebencian terhadap Islam yang akhirnya hanya akan menyebabkan berlakunya pergolakan, perpecahan dan kekacauan di dalam negara,” ujarnya mengakhiri kenyataan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: