Tempatan

Terperangkap Dalam Jem Boleh Akibatkan Sakit Mental Kronik

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 15 Julai 2022 – Aiman, seorang eksekutif swasta terpaksa mengharung perjalanan memandu selama lebih kurang 2 jam pada waktu pagi dan 2 jam pada waktu petang sebagai rutin hariannya yang tinggal di Kajang dan mencari nafkah di pejabatnya di Hartamas.

Kadang-kala beliau terpaksa menghadapi kesesakan jalan raya selama 3 jam, menjadikannya jumlah masa yang diambil antara 4-5 jam sehari dan ini menyebabkan beliau mudah berasa sakit hati, kecewa dan marah dalam kehidupan sehariannya.

Beliau adalah salah seorang daripada ratusan ribu rakyat Malaysia yang tinggal di Lembah Klang yang terpaksa mengharungi kesesakan lalu lintas setiap hari.

Menurut Pakar Perunding Kanan Psikiatri Universiti Malaya Profesor Madya Dr Muhammad Muhsin Ahmad Zahari, seseorang boleh mendapat gangguan kesihatan mental yang boleh membawa tekanan kronik seperti kemurungan sekiranya sering terperangkap dalam kesesakan di jalan raya secara berterusan.

“Tekanan itu akan bertambah sekiranya individu berkenaan kerap lewat ke tempat kerja dan mendapat teguran atau amaran daripada majikan seterusnya menjejaskan emosi dan mengganggu produktiviti kerjanya,” kata beliau.

Dr Muhammad Muhsin menegaskan, sekiranya situasi ini tidak dibetulkan, ianya boleh menjadi faktor penyumbang kepada penyakit serius seperti darah tinggi, jantung dan diabetes.

Menurut beliau lagi, perbuatan seseorang yang tergesa-gesa semasa sedang memandu juga boleh meningkatkan faktor kemalangan yang boleh membahayakan keselamatan sang pemandu dan juga pengguna jalan raya yang lainnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: