Tempatan

Khalid Samad Kalah Kes Saman, Mahkamah Rayuan Perintah Bayar RM40,000 Kepada Bekas CEO IKSIM

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 29 Januari 2022 – Mahkamah Rayuan telah mengeluarkan perintah kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad untuk membayar RM40,000 kepada mantan CEO Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) Profesor Dato’ Mahamad Naser Disa, di sini, hari ini,” ujar Peguam Defenden/Perayu, Tuan Hasnal Rezua Merican.

Saman ini difailkan oleh Khalid Samad di bawah Seksyen 5 Akta Fitnah untuk gantirugi tohmahan lisan. Saman dibuat di atas kenyataan bekas CEO IKSIM tersebut dalam sebuah forum ‘Wacana Isu Semasa Dan Perundangan Peringkat Negeri Selangor: Doktrin: Cabaran dan Perlembagaan’ di sebuah masjid di Bukit Jelutong pada 28 September 2018.

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Surau-Surau Jerit Azan Sesama Sendiri. Sangat Bising – Siti Kasim

BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

BACA: Sami India Seru Bunuh Umat Islam Dalam Sidang Kemuncak

Saman dibuat atas kenyataan Dato’ Mahamad Naser di dalam forum tersebut bahawa penduduk Shah Alam menghantar wakil rakyat ke Parlimen yang tidak menyokong RUU 355.

Ujar peguam kes, “Dalam undang-undang kalau tohmahan lisan dia kena tunjukkan bahawa pendedahan yang ditunjukkan oleh Dato’ Mahamad Naser Disa itu adalah merupakan satu fitnah pada dia (Khalid Samad) berkenaan dengan perjawatan dia sebagai Ahli Parlimen.

Dia kena tunjukkan ada berlaku penyelewengan, salah guna kuasa, pecah amanah atau benda-benda yang seumpama itu.

Kalau berkaitan cakap biasa, atau berkenaan cakap politik itu tidak boleh, dia kena berkenaan salah laku dalam perjawatan dia.

Justeru, kalau setakat cerita sokong atau tak sokong itu bukan salah laku dalam perjawatan jadi perkara itu tidak boleh jadi defamatory.”

Dalam kes yang diberikan keputusan hari ini, Mahkamah Rayuan secara sebulat suara telah putuskan bahawa Khalid Samad gagal membuktikan kes samannya terhadap Dato’ Mahamad Naser Disa.

“Jadi, mahkamah menolak saman Khalid Samad itu dan membenarkan rayuan dari Dato’ Mahamad Naser Disa.”

Mahkamah turut membenarkan kos sebanyak RM40,000 dibayar kepada Dato’ Mahamad Naser Disa.

“Seterusnya, kalau Khalid Samad nak, dia kena buat permohonan kebenaran untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan tetapi dia hanya boleh mendapatkan kebenaran merayu untuk isu undang-undang semata-mata dan ia bukan isu fakta lagi.”

Jelas beliau, Khalid Samad juga perlu membuat soalan undang-undang yang mahkamah rasa patut untuk mahkamah jawab, kalau mahkamah merasakan tidak patut maka Khalid Samad tidak dapat kebenaran rayuan itu.

“Justeru, kita sudah menang kes ini dan kita akan tunggu dalam masa 30 hari sehingga Khalid Samad dapat kebenaran untuk dapatkan pemohon rayuannya,” ujarnya kepada wartawan Samudera.my.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: