Tempatan

“Saya Akan Buktikan DAP Main Isu Perkauman”, Annuar Musa Saman Balas Kit Siang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 11 Julai 2023 – Mantan Ahli Parlimen UMNO, Annuar Musa telah menyatakan perancangan beliau untuk mengambil tindakan saman balas terhadap Lim Kit Siang setelah veteran DAP itu membuat tuduhan terhadap beliau dengan menyatakan bahawa Annuar cenderung membuat tuduhan liar, tidak berasas serta mengarut.

Annuar menyatakan bahawa dakwaan-dakwaan seperti itu telah menyebabkan timbulnya keraguan terhadap integriti beliau.

BACA JUGA: YDP Agong Titah Rakyat Berhati-Hati Pilih Lokasi Riadah

BACA JUGA: Malaysia Catat Tahap Membimbangkan, Lebih Sejuta Rakyat Terjerumus Dadah

BACA JUGA: Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu Pulau Pangkor Bakal Diwarta

Menurut Annuar, beliau akan berpegang pada janji. Lim Kit Siang telah menyamannya dan beliau akan membuat saman balas terhadap Lim Kit Siang bagi dakwaan bahawa beliau telah mencontohi sikap Hadi Awang setelah menyertai PAS.

Lim Kit Siang sebelum ini telah membuat dakwaan bahawa Annuar telah mencontohi sikap Hadi dalam membuat dakwaan liar yang tidak berasas.

Annuar Musa dalam kenyataan bagi membalas dakwaan Lim Kit Siang pula menyatakan bahawa dakwaan Lim adalah sebenarnya tidak berasas.

Beliau juga menyatakan agar Lim Kit Siang bersedia untuk mempertahankan dirinya, dalam merujuk kepada saman yang akan difailkan.

Pada 9 Julai lalu, Lim Kit Siang telah mengancam untuk menyaman Annuar kerana mengaitkan beliau dengan kejadian rusuhan kaum 13 Mei serta memetik ucapan Lim Kit Siang daripada sebuah buku, termasuklah sebuah petikan di mana Lim “masih menyemarakkan isu Bumiputera dan bukan Bumiputera” di Sabah.

Annuar telahpun menerima surat tuntutan daripada Lim yang menuntut kenyataan maaf dan penarikan semula kenyataannya itu. Namun Annuar membalas dengan menyatakan bahawa beliau sama sekali tidak gentar dan akan membuktikan yang DAP telah memainkan isu perkauman sewaktu berkempen.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: