Lim Kit Siang Dakwa Gelombang ICERD Timbul Kerana Penipuan, Fitnah & Berita Palsu
KUALA LUMPUR, 16 Februari 2023 – “Rakyat Malaysia akan mengingati isu ratifikasi ICERD pada tahun 2018, yang menjadi kejadian pertama di mana isu dibuat-buat melalui penipuan, fitnah, dan berita palsu yang tidak didedahkan dengan pantas.”
Demikian dakwaan veteran DAP Lim Kit Siang menerusi kenyataan media di blognya semalam, berkenaan gelombang Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
Tambahnya, gelombang tersebut akhirnya membawa kepada tercetusnya polarisasi hubungan antara kaum dan agama yang semakin memburuk.
BACA JUGA: Tiada Gempa Bumi Sabah Sarawak, METMalaysia Laksana Pemantauan Berterusan
BACA JUGA: Namewee Gesa ‘Halalkan’ Pelacuran & Polis Tangkap Pencuri, Pembunuh Jika Berani
BACA JUGA: Hampir 5,000 Kanak-Kanak Jadi Mangsa Cabul Gereja Katolik
Lim Kit Siang juga berkata gelombang ICERD sehingga membawa kepada himpunan puluh ribu orang itu juga telah menjadi pengajaran yang penting mengapa penipuan, fitnah, dan berita palsu tidak boleh dibiarkan berleluasa.
Sekiranya ia tidak dicantas seawal mungkin, ia akhirnya akan menggugat kestabilan dan pembangunan progresif masyarakat dan negara, ujarnya.
Mengimbau kembali Himpunan 812 yang bertujuan membantah ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) pada tanggal 08 Disember 2018, telah menyaksikan kesatuan ummah dan permuafakatan antara dua seteru parti politik terbesar Malaysia melalui platform penyatuan ummah.
Perhimpunan tersebut adalah anjuran NGO Melayu Islam iaitu Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) dan Sekretariat Kedaulatan Rakyat (RAKYAT) dan disokong oleh UMNO dan PAS.