Terkini

Kit Siang Mahu Kerajaan Mansuh ‘Peruntukan Drakonian’ SOSMA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PULAU PINANG, 22 Disember 2022 – Veteran DAP, Lim Kit Siang telah menggesa pihak Kerajaan agar menyempurnakan perubahan undang-undang terhadap perkara yang disifatkan sebagai “provisi drakonian” di bawah SOSMA.

Beliau menyatakan bahawa pentadbiran terkini yang dipimpin oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim perlu menjadikan perubahan undang-undang tersebut sebagai keutamaan dalam usaha untuk menghentikan penyalahgunaan SOSMA.

Beliau yang merupakan mantan Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu turut menyatakan bahawa Kerajaan sebelum ini yang berada di bawah pimpinan Ismail Sabri Yaakob telah memulakan sesi rundingan bersama pihak-pihak tertentu.

Namun mereka memerlukan lebih masa untuk melaksanakan keputusan Kabinet yang telah diputuskan sewaktu pentadbiran Dr Mahathir pada tahun 2019.

Menurut Lim, pentadbiran yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim perlu menyempurnakan rundingan yang telah dimulakan oleh pentadbiran Ismail Sabri dalam memansuhkan beberapa peruntukan di dalam SOSMA serta membentangkan pindaan-pindaan di dalam akta tersebut pada sesi Dewan Rakyat pada Februari.

Beliau turut menyatakan bahawa beliau merupakan salah seorang daripada 99 Ahli Parlimen Pakatan Harapan yang telah membuat undi bagi membantah lanjutan bagi Seksyen 4(5) SOSMA pada sesi Dewan Rakyat bulan Julai tahun lalu.

Seksyen 4(5) SOSMA membenarkan pihak polis untuk menahan individu yang disyaki terlibat dalam aktiviti terorisme bagi tempoh tidak lebih daripada 28 hari bagi tujuan penyiasatan, tanpa memerlukan arahan mahkamah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: