Tempatan

Bakar Al-Qur’an: Mereka Cemburu Dengan Kesempurnaan – Profesor Dato’ Mahamad Naser bin Disa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 30 Januari 2023 – “Hakikatnya rasa kedengkian dan cemburu kepada kesyumulan dan kesempurnaan al-Quran itu selain mereka tidak mampu untuk menyanggahi dan untuk berhujah dengan al-Quran sehingga menyebabkan mereka bertindak membakar al-Quran,” tegas bekas Peguam Kanan Persekutuan berpengalaman selama 25 tahun, Profesor Dato’ Mahamad Naser bin Disa.

Menurutnya, pihak berkenaan cuba berpura-pura untuk mengambarkan seolah-olahnya al-Quran itu telah membawa kecelakaan kepada dunia.

Walhal, al-Quran sebenarnya menjadi rahmat kepada dunia keseluruhannya. Tetapi oleh kerana mereka gagal untuk menyaingi dan juga menandingi al-Quran maka mereka bertindak untuk membakar al-Quran. Inikah sikap dan kebebasan bersuara yang mereka cuba perjuangkan dan adakah ini hak kebebasan beraspirasi.

Sebaliknya, ini bukan hak kebebasan melainkan hanya merupakan sikap hatred (kebencian). Menyuburkan sikap kebencian sebegini dengan membakar al-Quran adalah sesuatu yang menyanggahi dengan prinsip universal.

Tambahnya, tetapi kalau kita menjawab balik dengan membuat bantahan semula kita akan dituduh dan kita akan dihina dan umat Islam akan dikatakan sebagai tidak terbuka, pemikiran kolot dan sebagainya.

Padahal, mereka lah yang bersikap sedemikian yang menyuburkan kebencian antara agama. Sikap kebencian inilah yang membangkitkan renaissance mereka satu ketika dulu.

Walhal, mereka mendapat manfaat daripada ketamadunan Islam dan mereka enggan menerima dan akur ataupun mengakui kehebatan ketamadunan Islam itu maka mereka membuat tindakan-tindakan yang bersifat hatred menyuburkan kebencian di kalangan manusia.

Jelasnya lagi, kita lihat bagaimana dulu di Amerika, mereka yang perhambakan orang-orang kulit hitam daripada Afrika dan orang-orang Islam yang dimurtadkan oleh mereka. Jadi agenda mereka yang bersifat penindasan yang bersifat imperial, kekejaman, terorisme mereka itu telah bermula sejak beratus tahun dahulu sejak daripada Zaman Renainisme, Zaman Kebangkitan Penjajahan Imperialisme mereka lagi.

Dato’ Mahamad Naser berkata, sikap sejagat sebenarnya, universal punya value yang perlu kita pelihara adalah hormat. Hormat menghormati itu yang terdapat di dalam Kesopanan Dan Kesusilaan, Rukun Negara.

“Saya sebutkan bahawa: Luhur budi hormat menghormati yang terkandung di dalam Rukun Negara dan ini boleh dibawa dan dipakai di dalam konsep sejagat iaitu hormat menghormati. ”

“Kita kalau berbeza pandangan dengan agama-agama lain kita tidak boleh sehingga nak membakar dengan tujuan menghina al-Quran. Itu bukan satu perangai ataupun sikap sejagat juga bukan universalisme. Universalisme yang sebenarnya ialah menghormati dan hormat kepada agama lain dan penganutnya. Sebaliknya, mereka tidak tahu hormat menghormati.”

“Kita lihat mereka hidup dalam keadaan telanjang, dalam keadaan bersosial dengan sangat teruk, mabuk dan tidak bermoral itu semua dan mereka mahu kita menghormati mereka sebagai hak kebebasan. No, it’s not ‘Hak Kebebasan’ sebaliknya itu perangai-perangai buruk yang tidak bermoral dan kita tidak boleh biarkan ia dihormati sebaliknya ia patut ditegur.”

“Itu baru dikatakan sebagai satu semangat mahu menjaga dan memelihara keamanan termasuk juga melarang daripada kemungkaran dengan cara menegur.”

Tetapi, sekarang ini kita tidak boleh nak tegur, kalau kita tegur kita pula dituduh sebagai tidak terbuka dan sebagainya.

Kesejagatan apa jika begini, itu yang saya katakan bahawa pemikiran kita kalau terpengaruh sangat dengan pemikiran kebebasan ala John Locke yang begitu liberal ini maka kita akan jadi sesat daripada kesempurnaan al-Quran.

“Sesat juga daripada apa yang kita doakan sewaktu kita bersolat. Jadi tolong berhati-hati. Rakyat Malaysia perlu fahami bahawa kesejagatan kita yang terbaik yang kita perlu pelihara ialah sikap hormat bukannya sikap membenci, menghina dan juga memperlekehkan orang lain seperti mana yang dibawa oleh pemikiran imperialisme satu ketika dulu dan kini cuba dihidupkan semula oleh pihak-pihak yang terpengaruh dengan pemikiran mereka,” ujarnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: