Tempatan

Lim Kit Siang Mahu “Ketuanan Malaysia” Ditekankan, Bukan “Ketuanan Melayu”

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JOHOR BAHRU, 20 Julai 2022 – “Kita perlu tekankan “Ketuanan Malaysia” dan bukannya “Ketuanan Melayu” sekiranya kita hendak kembali kepada prinsip dan dasar asas pembinaan negara seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan dan Rukun Negara yang dipersetujui bersama oleh tokoh penubuhan negara untuk mengelakkan Malaysia terus ditinggalkan di belakang negara-negara lain dalam tahun-tahun dan dekad-dekad yang akan datang,” tegas Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam blognya.

Kenyataan medianya itu dikeluarkan susulan kenyataan dari pemimpin politik yang secara terbuka mengatakan bahawa seorang bukan-Melayu tidak boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana konsep “Ketuanan Melayu”.

“Sekiranya persoalan mengenai sama ada seorang bukan Melayu boleh menjadi Perdana Menteri ini ditanyakan enam puluh tahun yang lalu kepada Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Dr Ismail, Tun Hussein Onn, Tun Tan Cheng Lock, Tun Tan Siew Sin, atau Tun V.T. Sambanthan, mereka pastinya akan tanpa ragu-ragu menjawab ya memandangkan tidak ada sebarang halangan daripada Perlembagaan untuk perkara ini – yang merupakan satu perkara yang berbeza dengan sama ada ia akan berlaku atau tidak,” kata Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu lagi.

“Tetapi hari ini, ada pemimpin politik yang secara terbuka mengatakan yang seorang bukan-Melayu tidak boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana konsep “Ketuanan Melayu” yang dipopularkan selepas tahun 1986.”

Dakwanya, kerana inilah Malaysia terus ditinggalkan oleh negara-negara lain seperti Taiwan, Korea Selatan, Singapura, Hong Kong, Vietnam. Malah, mungkin ditinggalkan di belakang lebih banyak negara dalam tahun dan dekad yang akan datang, termasuklah di belakang Indonesia dan China.

Lim Kit Siang turut memberi contoh Perdana Menteri dari negara-negara lain yang berbeza kaum tetapi

Tambahnya lagi, di bawah peruntukan Perlembagaan Malaysia, seorang rakyat Malaysia, tidak kira kaum, agama, atau kawasan, boleh menjadi Perdana Menteri.

Tetapi dengan realiti politik negara saya tidak jangka untuk melihat sesiapa orang yang bukan-Melayu menjadi Perdana Menteri Malaysia dalam jangka hayat saya mahupun jangka hayat anak saya.

Justeru, mantan jaguh politik senior DAP itu mahu “Ketuanan Malaysia” yang ditekankan, bukannya “Ketuanan Melayu” bagi mengelakkan Malaysia terus ditinggalkan di belakang.

“Di Amerika Syarikat, seorang lelaki berkulit hitam, Barack Obama, menjadi Presiden Amerika Syarikat – tetapi perkara ini hanya terjadi 230 tahun selepas penubuhan Amerika Syarikat pada tahun 1776.”

“Saya harap Malaysia tidak akan memerlukan 230 tahun sebelum seorang yang bukan-Melayu berpeluang untuk menjadi Perdana Menteri,” kata Lim Kit Siang.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: