Antarabangsa

Kesatuan Eropah Selar Insiden Koyak Al-Quran

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BRUSSELS, 27 Julai 2023 – Di tengah-tengah kemarahan umat Islam yang semakin meningkat, Ketua Dasar Luar EU, Josep Borrell telah mengutuk tindakan keji menghina al-Quran dan menyeru untuk saling memahami dan menghormati.

Borrell dalam satu kenyataan pada hari Rabu, mengulangi pendirian EU terhadap penolakan yang kuat dan tegas terhadap sebarang bentuk hasutan kepada kebencian agama dan sikap tidak bertoleransi.

BACA JUGA: PSI: Janji Kepada Nelayan Tetap Ditunaikan

BACA JUGA: Senarai Hitam The 1975 Tidak Memadai – MHO

BACA JUGA: MP Beri Amaran Harga Beras Sabah Bakal Naik

Tambahnya lagi ungkapan perkauman, xenofobia dan sikap tidak bertoleransi tidak mempunyai tempat di EU dan penghinaan terhadap al-Quran, atau mana-mana buku lain yang dianggap suci, boleh menyinggung perasaan, tidak menghormati dan merupakan satu bentuk provokasi yang jelas.

Sepanjang bulan lalu, kitab suci umat Islam itu telah dibakar dan dipijak oleh kumpulan Islamofobia dalam tiga insiden berasingan di Sweden dan Denmark, yang kerajaannya telah membenarkan penghinaan tersebut atas nama kebebasan bersuara.

Penghinaan itu telah menyebabkan berlakunya protes di seluruh dunia Islam, termasuk di Iran, dengan semua negara Islam mengeluarkan kutukan sekeras-kerasnya terhadap kata-kata kotor dan perbuatan yang tercela itu.

Dunia Islam bersatu menentang gelombang toksik Islamofobia di Sweden, Denmark. Insiden mencemarkan kesucian Islam yang berulang di Sweden dan Denmark telah menimbulkan kemarahan yang tidak pernah berlaku di seluruh dunia Islam sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: