Tempatan

PAS Tidak Pernah Zalimi Bukan Islam – Timbalan Presiden

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PULAU PINANG, 27 Julai 2023 – Timbalan Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad telah mengeluarkan kenyataan bahawa sepanjang kira-kira tiga dekad pentadbiran parti tersebut di Kelantan, parti tersebut tidak pernah menzalimi mana-mana golongan bukan Islam.

Ujarnya, sepanjang tempoh pentadbiran selama 33 tahun di negeri pantai timur itu, tiada seorang Cina pun yang dib*nuh dan tiada seorang pun India yang telah dip*ncung.

BACA JUGA: Hentikan Pembinaan Jalan Baharu Habu-Tanah Rata – NGO

BACA JUGA: Harga Minyak RON95 Dijangka Turun Ogos Ini

BACA JUGA: Pelajar Dipijak Hingga Cedera Tisu Lembut, Polis Rakam Percakapan 3 Saksi

Menurutnya lagi menerusi kenyataan yang sama, walaupun orang bukan Islam hanya berjumlah kurang dari 10 peratus daripada keseluruhan populasi negeri namun kesemua mereka dapat hidup dengan harmoni.

Keharmonian tersebut, menurut Idris adalah disebabkan orang Islam tahu bagaimana untuk menghormati orang lain. Katanya lagi, menjaga orang bukan Islam adalah kewajipan bagi umat Islam.

Kenyataan tersebut dikeluarkan setelah Perikatan Nasional mengumumkan calon mereka bagi Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang.

Datuk Idris mengeluarkan kenyataan tersebut dalam membalas dakwaan lawan politik mereka yang menyatakan bahawa masyarakat kaum Cina akan berdepan dengan kesusahan apabila mereka bekerjasama dengan PAS.

Ulasan Idris itu juga dikeluarkan beberapa hari setelah ketua Perikatan Nasional, Azmin Ali menyatakan bahawa lawan politik mereka menggunakan naratif “gelombang hijau” bagi menakutkan pengundi Cina daripada menyokong perikatan tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: