Antarabangsa

Kuwait Gesa Boikot Negara Yang Tidak Hormat Kesucian Islam

Jangan lupa sertai TikTokYouTubeTelegramTwitterInstagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUWAIT, 25 Januari 2023 – Seramai 41 penggubal undang-undang Kuwait menggesa semua ahli parlimen dunia memboikot negara-negara yang tidak menghormati kesucian agama Islam.

Ini susulan tindakan pelampau sayap kanan Sweden, Rasmus Paludan yang telah membakar naskhah al-Quran sekali gus mencetuskan provokasi terhadap umat Islam seluruh dunia.

Negara itu juga mengecam kerajaan Sweden kerana mengizinkan perbuatan hina itu dibuat dan merayu semua negara memboikot kerajaan negara tersebut dan semua negara yang tidak menghormati nilai-nilai suci umat Islam.

Selain itu, mereka menegaskan bahawa tindakan berkenaan ‘tidak menjejaskan kesucian al-Quran dalam hati setiap orang yang bertamadun’ dan Menteri Luar Kuwait, Sheikh Salem Abdullah Al-Jaber Al-Sabah memberi amaran bahawa tindakan sedemikian akan membakar perasaan umat Islam seluruh dunia dan merupakan provokasi berbahaya bagi mereka.

BACA JUGA: Akar Umbi UMNO Belum Terima Anwar, DAP – Penganalisa

BACA JUGA: Islamofobia Senjata Kebencian Untuk Merampas Hak Pemerintahan Muslim

BACA JUGA: 21 Maut Diserang Virus Misteri

Pada Isnin lalu, koperasi di Kuwait mengumumkan boikot produk Sweden sebagai bantahan terhadap provokasi yang dibuat negara berkenaan.

Tidak ketinggalan, Malaysia turut mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Islamofobia yang dibuat ahli politik Sweden-Denmark sekali gus menggesa kerajaan Sweden mengambil langkah segera terhadap pelaku perbuatan keji itu.

Malaysia juga menggesa agar Sweden memastikan langkah drastik diambil untuk menangani kebangkitan Islamofobia yang membimbangkan di negara tersebut, tegas Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim menerusi kenyataan di laman Twitter beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: