Antarabangsa

Sweden Anti Islam, PM Luah ‘Kebimbangan’ Insiden Bakar Al-Quran Meningkat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

STOCKHOLM, 28 Julai 2023 – Perdana Menteri Sweden, Ulf Kristersson meluahkan ‘kebimbangannya’ terhadap akibat insiden bakar al-Quran yang semakin meningkat di negara itu ketika ini.

Di tengah-tengah kemarahan umat Islam seluruh dunia, beliau berkata bahawa negara itu akan berhadapan beberapa risiko akibat tindakan menghina kitab suci al-Quran yang dibenarkan polis Sweden.

Baru-baru ini, Kedutaan Sweden di Baghdad telah diserang dan dibakar oleh penunjuk perasaan yang marah dengan pembakaran al-Quran yang dirancang itu.

BACA JUGA: KTM Perkenal Sistem Baharu, Jualan Tiket Setiap 30hb

BACA JUGA: PRN: Beberapa Jalan Di Kuala Nerus, Kuala Terengganu Ditutup Sabtu Ini

BACA JUGA: Menteri Singapura Gesa Kerajaan Sentiasa Memenangi Kepercayaan Rakyat

Charlotte von Essen, Ketua Keselamatan Polis Sweden pula menyifatkan, Sweden telah berubah dari dilihat sebagai negara yang bertoleransi kepada tanah anti-Islam.

Mengulas lanjut, Menteri Luar Sweden, Tobias Billstrom berkata, “Di sesetengah negara terdapat persepsi bahawa negara Sweden berada di belakang atau membenarkan perkara ini. Kami tidak.”

Jelasnya, “Ini adalah perbuatan yang dilakukan oleh individu, tetapi mereka melakukannya dalam rangka undang-undang kebebasan bersuara.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: