Antarabangsa

Aktivis Terlibat Kemalangan Sejurus Lepas Bakar Quran

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

OSLO, 04 Julai 2022 – Cuma beberapa minit sahaja selepas membakar senaskhah Al-Quran di pinggiran Oslo, Lars Thorsen, pemimpin kumpulan aktivis pembenci Islam Norway terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya.

Menurut laporan, Lars Thorsen dan beberapa orang rakan aktivisnya pergi ke Mortensrud, penempatan yang didiami oleh ramai umat Islam di pinggiran Oslo, bertujuan membakar beberapa naskhah Al-Quran di depan khalayak umat Islam untuk menyakitkan hati mereka.

Di sana, salah seorang rakannya bertindak membakar senaskhah Al-Quran di hadapan orang ramai sebelum menaiki kenderaan untuk membakar senaskhah lagi Al-Quran sambil menayangkan perbuatan tersebut kepada orang ramai sebagai isyarat provokasi ketika kenderaan itu sedang bergerak.

Ramai orang meluru ke hadapan untuk menyelamatkan naskhah Al-Quran yang sedang terbakar itu termasuk seorang wanita yang bergegas menaiki sebuah kereta Mercedes.

Kereta Mercedes itu kemudian mengejar kenderaan SUV mereka sebelum melanggarnya dalam keadaan laju sehingga mengakibatkan kenderaan itu terbalik.

Keseluruhan kejadian itu telah direkodkan oleh seseorang yang mengekori kenderaan itu.

Lima orang penumpang SUV tersebut cuma mengalami kecederaan ringan dan salah seorang daripada mereka perlu mendapatkan rawatan di hospital, menurut pihak polis.

Pihak polis Norway juga memaklumkan bahawa pihak mereka sudah pun menahan pemandu Mercedes tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: