Senarai Hitam The 1975 Tidak Memadai – MHO
KUALA LUMPUR, 27 Julai 2023 – Tindakan menyenaraihitamkan kumpulan muzik British, The 1975 adalah satu tindakan yang tidak memadai, menurut Setiausaha Agung Malaysia International Humanitarian Organisation (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim.
Beliau yang berkata dalam satu sidang media semalam berkata, tindakan membiarkan kumpulan berkenaan keluar daripada negara membantutkan usaha pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan yang sewajarnya kepada kumpulan muzik terbabit.
Menurutnya, kumpulan berkenaan seharusnya ditangkap, ditahan malah dituduh di mahkamah atas kesalahan-kesalahan yang dilakukan.
BACA JUGA: Hentikan Pembinaan Jalan Baharu Habu-Tanah Rata – NGO
BACA JUGA: Harga Minyak RON95 Dijangka Turun Ogos Ini
BACA JUGA: Pelajar Dipijak Hingga Cedera Tisu Lembut, Polis Rakam Percakapan 3 Saksi
Jelas beliau, ulasan yang diberikan adalah bagi mewujudkan cadangan yang konstruktif supaya insiden sama tidak lagi berulang
Dalam laporan berasingan berhubung isu yang sama. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata pihak PDRM akan berurusan dengan pihak berkuasa United Kingdom (UK) sekiranya terdapat proses pendakwaan.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 509, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil,” kata beliau.
Terdahulu, persembahan kumpulan muzik the 1975 ini dihentikan susulan perlakuan biadab vokalisnya Matt Healy yang menyentuh sensitiviti masyarakat Malaysia serta memperlekeh perundangan negara ini di Good Vibes Festival (GVF) yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, Selangor.