Antarabangsa

Turkiye Larang Sertai NATO Jika Sweden Terus Hina Quran

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

ANKARA, 02 Februari 2023 – Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan menegaskan bahawa Turkiye tidak akan membenarkan Sweden menyertai pakatan NATO sekiranya negara itu terus menghina kitab suci umat Islam.

Dalam sebuah ucapan, Erdogan berkata, “Sweden, don’t even bother! As long as you allow my holy book, the Quran, to be burned and torn, and you do so together with your security forces, we will not say ‘yes’ to your entry into NATO.”

Turkiye, yang telah menangguhkan kelulusan keanggotaan Sweden dan Finland dalam NATO, berang dengan beberapa siri provokasi penghinaan yang berlaku di Stockholm baru-baru ini.

Menurut laporan, satu kes aktivis anti-Islam bertindak membakar al-Quran di luar Kedutaan Turkiye, manakala dalam protes lain, patung Erdogan digantung. Malah, sebelum itu, Ankara telah mendesak Sweden dan Finland membanteras kumpulan pengganas.

BACA JUGA: AS Tidak Berminat Pertahanankan Kewujudan Palestin – Pakar

BACA JUGA: Siar “Murid SJKC Tak Minat Subjek Bahasa Melayu”, NST, BH Disiasat Polis

BACA JUGA: Dakwaan Abai Pesakit Di Hospital Serdang, JKNS Siasat

Bagaimanapun, pegawai kerajaan Sweden telah menjauhkan diri mereka daripada isu berkenaan sekali gus menekankan bahawa demonstrasi penghinaan itu dilindungi oleh kebebasan bersuara.

Selasa lalu, Perdana Menteri Sweden, Ulf Kristersson mengecam tindakan aktivis yang melakukan penghinaan itu sebagai ‘useful idiots’.

Katanya, “We have seen how foreign actors, even state actors, have used these manifestations to inflame the situation in a way that is directly harmful to Swedish security.”

Mengulas lanjut, Sweden dan Finland telah memohon menyertai NATO ekoran pencerobohan Rusia ke atas Ukraine. Semua negara NATO mengesahkan penyertaan mereka, kecuali Turkiye dan Hungary.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker