Antarabangsa

Koyak, Curah Arak Pada Naskhah Al-Quran, Muslim New Mexico Gesa Siasat Insiden Islamofobia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW MEXICO, 05 Julai 2023 – Susulan insiden koyak dan curah arak pada naskhah al-Quran yang berlaku di Pusat Islam Portales minggu lalu, masyarakat Islam tempatan menggesa polis menyiasatnya sebagai jenayah kebencian.

Lapor portal antarabangsa, penceroboh telah merosakkan sebuah masjid di New Mexico berkali-kali di mana naskhah suci al-Quran dirobek dan dicurahkan arak, dinding masjid berlubang, perabot dimusnahkan, sampah ditinggalkan malah lukisan Jesus ditinggalkan di atas timbunan runtuhan.

Pada 23 Jun pula, penceroboh memasuki masjid sekali lagi dan merosakkan unit penghawa dingin yang dikatakan boleh menyebabkan kerugian bernilai $40,000.

BACA JUGA: Peniaga Uptown Pahlawan Walk Bakal Dipindahkan Tidak Benar – Rais

BACA JUGA: Lelaki Rusia Didakwa Mabuk Bakar Al-Quran Dalam Masjid

BACA JUGA: Jabatan Pendaftaran Negara Nafi Lantik Ejen Bagi Tawaran Perkhidmatan

Dalam pada itu, Ketua Polis Portales mengeluarkan kenyataan mengatakan insiden itu tidak diklasifikasikan sebagai jenayah kebencian namun Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) mendakwa ianya jenayah kebencian dan menggesa pihak berkuasa menyiasatnya.

Tegas mereka, “Kami mengutuk serangan ke atas rumah ibadat ini dan berdiri dalam solidariti dengan saudara kami di Portales. Berdasarkan tindakan penceroboh, kami menyeru pihak penguatkuasa undang-undang untuk menyiasat kemungkinan motif berat sebelah bagi jenayah ini.”

“Disebabkan masjid ini disasarkan berulang kali, kami menggesa polis tempatan meningkatkan rondaan di kawasan itu.”

Menurut laporan, insiden tersebut berlaku tiga bulan selepas kebakaran di dua buah masjid Minneapolis dalam tempoh dua hari berturut-turut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: