Tempatan

Membakar Al Quran Sebagaimana Membakar Tubuh Umat Islam – Ahmad Fadli Saari

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 28 Januari 2023 – Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Saari dengan lantang menyifatkan tindakan ahli politik Sweden, Rasmus Paludan membakar kita suci al Quran itu sebagaimana membakar tubuh badan umat Islam.

Al Quran merupakan kitab suci umat Islam, maka sudah tentu apabila membakar al Quran, ia umpama mencabar maruah umat Islam dan seperti membakar tubuh-tubuh orang Islam itu sendiri, jelas beliau yang juga merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

BACA JUGA: Solidariti Bantahan Hina Islam Di Hadapan Kedutaan Sweden Dibanjiri NGO & Umat Islam

BACA JUGA: PM Digesa ‘Bebaskan’ Tanggungjawab TPM, Sehingga Kes Rasuah Selesai

BACA JUGA: CPTPP: ‘Kenapa Ditandatangani Secara Diam-diam?’ – Aktivis PPIM

Justeru, beliau mengajak umat Islam bangkit mempertahankan kalamullah itu dari dijadikan bahan ugutan atau gurauan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Bagaimana kita rela untuk bangkit untuk mempertahankan jasad kita, sudah tentu kita sepatutnya lebih berani untuk pertahankan al Quran sebagai kitab suci agama.”

Ahmad Fadhli Saari adalah antara Ahli Parlimen yang hadir ke demonstrasi solidariti ‘Bantahan Penghinaan Agama Islam Oleh Ahli Politik Sweden’ yang berlangsung di perkarangan Kedutaan Sweden, semalam.

Gerakan solidariti tersebut dihadiri oleh puluhan wakil kumpulan NGO yang dianjurkan oleh Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) dan juga turut mendapat perhatian dan sokongan orang ramai yang dilihat turut sama menyertai demonstrasi tersebut.

Demonstrasi solidariti berjalan dengan aman serta berjaya membuat penyerahan memorandum kepada Kedutaan Sweden dan bersurai pada pukul 3.30 petang.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: