Tempatan

MP Beri Amaran Harga Beras Sabah Bakal Naik

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KOTA KINABALU, 27 Julai 2023 – Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraisah Munirah Majilis berkata, harga beras di negeri itu dijangka meningkat dalam tempoh dua tahun dari sekarang jika tahap pengeluaran padi tempatan gagal ditingkatkan.

Jangkaan ini berdasarkan tindakan negara pengeluar beras utama Asia, khususnya India dan Vietnam mengehadkan eksport bahan makanan itu.

BACA JUGA: Amaran PM Kepada Pelaku Jenayah Boleh Dilihat Sebagai Campur Tangan, Cabul Kedaulatan Undang-Undang – Peguam Kanan

BACA JUGA: Kumpul Data: Facebook Didenda RM56 Juta Oleh Mahkamah Australia

BACA JUGA: Pekerja Gig Layak Terima Gaji Minimum & Manfaat Lain – Penganalisa

Jelasnya, pihaknya percaya jika bekalan beras di negara ini kekal pada tahap 70 peratus tempatan dan 30 peratus import, harga beras yang diimport berkemungkinan mengalami peningkatan.

Keadaan ini akan membuatkan jutaan rakyat negara ini beralih ke beras tempatan sekali gus mengakibatkan mekanisme permintaan dan penawaran menekan harga beras di Sabah.

“Pada 15 Jun lalu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menjawab soalan saya di Dewan Rakyat mengenai kesan tindakan Vietnam mengurangkan eksport beras dan beliau memberi jaminan bekalan beras di negara ini tidak terjejas memandangkan Malaysia masih boleh mengimport dari India, Thailand, Pakistan dan negara Asia lain.”

“Namun, bulan ini India juga memutuskan untuk mengurangkan eksport beras. Kebimbangan kita ialah keadaan kemarau atau banjir akibat perubahan iklim di Asia juga berpotensi mengganggu pengeluaran padi di negara lain dan turut mengurangkan eksport beras,” katanya menurut laporan sebuah portal tempatan.

Buat masa ini, pengeluaran beras tempatan Sabah sebahagian besarnya datang dari kawasan jelapang padi negeri di Kota Belud, ditambah kawasan pengeluaran lain yang kebanyakannya di daerah Pantai Barat, Utara dan Pedalaman.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: