Malaysia Tidak Tolak Ansur Tindakan Bakar Al-Quran – PM
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 26 Januari 2023 – Malaysia tidak akan bertolak ansur dengan tindakan membakar al-Quran, tegas Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
“Kita di Malaysia tidak akan bertolak ansur dengan tindakan membakar al-Quran, buku dan teks agama termasuk kitab Injil.. kerana kita menghormati kemanusiaan, hak dan kepercayaan setiap orang,” jelas beliau.
BACA JUGA: Acuan HDB, ‘Pecah-Perintah’ Demografi Berkiblatkan Singapura?
BACA JUGA: Harga Barang Mentah Tidak Turun, Tauke Mydin Sanggah Kenyataan Menteri
BACA JUGA: Tragedi MH17, Mahkamah Absahkan Kes Belanda Lawan Kumpulan Pemisah
Beliau turut menegaskan bahawa kebebasan yang sebenar haruslah melibatkan perkara yang benar dan bukan kepada perkara yang tidak berperikemanusiaan bagi menekan pihak lain.
Sehubungan itu, beliau menekankan bahawa tindakan membakar al-Quran ini tidak boleh disifatkan sebagai sebuah kebebasan.
Kenyataan beliau itu adalah sewaktu berucap pada Majlis Pelancaran Buku Himpunan Esei “Knowledge, Tradition and civilization: Essay in Honour of Professor Osman Bakar” di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (ISTAC).
Malaysia sebelum ini dalam kenyataannya menerusi Wisma Putra mengecam sekeras-kerasnya tindakan membakar al-Quran di Sweden yang dilakukan oleh ahli politik sayap kanan Sweden, Rasmus Paludan.
Tindakan yang memainkan sentimen keagamaan itu turut mendapat kecaman dari 41 penggubal undang-undang dari Kuwait yang menggesa semua ahli parlimen dunia memboikot negara-negara yang tidak menghormati kesucian agama Islam.