Kerajaan Tawar Kredit e-tunai RM100 untuk B40, M40
KUALA LUMPUR, 27 Julai 2023 – Kerajaan bersetuju menawarkan kredit e-tunai RM100 kepada semua rakyat dewasa di negara ini yang berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah.
Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata penawaran itu diumumkan selepas Kerajaan melihat kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat.
BACA JUGA: Harga Minyak RON95 Dijangka Turun Ogos Ini
BACA JUGA: Pelajar Dipijak Hingga Cedera Tisu Lembut, Polis Rakam Percakapan 3 Saksi
BACA JUGA: Konsert The 1975: Aktivis LGBT Gesa Gugurkan Pertuduhan Pada Penganjur Serta-Merta
“Melihat akan kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat, Kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.”
Katanya, inisiatif membabitkan peruntukan sekitar RM1 bilion itu akan memanfaatkan lebih 10 juta rakyat berusia 21 tahun ke atas, merangkumi golongan B40 dan M40.
“Bilangan penerima yang layak dianggar melebihi 10 juta rakyat iaitu merangkumi golongan B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion.”
Anwar berkata demikian ketika berucap di Majlis Pelancaran ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’, di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, hari ini.