Lelaki Rusia Didakwa Mabuk Bakar Al-Quran Dalam Masjid
RUSIA, 05 Julai 2023 – Seorang lelaki yang didakwa mabuk telah menceroboh masjid lalu membakar beberapa naskhah al-Quran di Republik Kabardino – Balkarian, Rusia.
Lapor sebuah agensi berita antarabangsa, dalam insiden yang berlaku di Kampung Chegem II pada 02 Julai lalu, pelaku menjelaskan bahawa tindakannya itu adalah susulan daripada ‘arahan daripada bisikan’ yang dialaminya.
Last night in Russia, by a Russian citizen:
a Russian man in #Kabardino-Balkaria burned several copies of the holy Quran in a mosque
Will there be a mass protests in front of the Russian embassies in the arab world and burning the Russian flag any soon?#RussiaisATerroistState pic.twitter.com/1RvBQ07Fhs
— Abd alhade alani (@abdalhadealani) July 2, 2023
BACA JUGA: Jabatan Pendaftaran Negara Nafi Lantik Ejen Bagi Tawaran Perkhidmatan
BACA JUGA: Selesa ‘Makan Gaji’, Ruang Ekonomi Negara Dikawal Warga Asing
Difahamkan, lelaki tersebut telah menceroboh masuk ke dalam masjid lalu mengumpulkan beberapa naskhah al-Quran, menyiramnya dengan petrol dan sekali gus membakar naskhah-naskhah kitab suci tersebut.
Bagaimanapun, api dapat dipadamkan dengan pantas oleh mereka yang berada di sekitar ruangan itu.
Dalam masa yang sama, pihak berkuasa daerah Chegemsky memberi jaminan bahawa “tiada motif agama” dalam insiden yang berlaku itu.
Baru-baru ini, kerajaan Sweden mengutuk tindakan seorang lelaki yang bertindak membakar al-Quran di luar sebuah masjid di negara itu.