Antarabangsa

Negara Barat Harus Berhenti Hina Kitab Suci

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ANKARA, 30 Januari 2023 – Negara-negara Barat harus segera menghentikan permainan bahaya ini dan menamatkan penghinaan terhadap kitab suci, tegas speaker Parlimen Turkiye, Mustafa Sentop.

Beliau membuat kenyataan tersebut susulan tindakan ahli politik Sweden-Denmark, Rasmus Paludan membakar naskhah al-Quran di hadapan sebuah masjid selain mengatakan bahawa dia akan membakar kitab suci umat Islam setiap hari Jumaat sehingga Sweden diterima masuk dalam pakatan NATO.

Tindakan Islamofobianya itu mengundang kecaman antarabangsa hinggakan Turkiye menggelar Paludan sebagai ‘pembohong yang membenci Islam’ sekali gus mengutuk sekeras-kerasnya kebenaran yang diberikan pihak berkuasa untuk tindakan provokatif itu.

“Hakikat bahawa tindakan provokatif terhadap Islam yang menghina nilai-nilai suci kita dibenarkan oleh pihak berkuasa Sweden atas nama kebebasan suara, bahawa Belanda mengabaikan serangan di negaranya sendiri, dan Denmark mengikuti perkara itu, adalah isu yang perlu dipertimbangkan dengan teliti,” ujar Mustafa.

BACA JUGA: Pemandu Mabuk: “Pesalah Patut Dihukum Setimpal Dengan Perbuatan Mereka”

BACA JUGA: Wanita Singapura Palsukan Keputusan O-Level Dipenjarakan

BACA JUGA: CPTPP: Penindasan Kapitalis Kepada Golongan Marhaen – Pengerusi PEMBELA

Tambah beliau, perbuatan itu menunjukkan ‘mentaliti kebencian’ Barat yang tidak menghormati kepercayaan.

“Walaupun begitu, kita umat Islam wajib berwaspada, bersederhana, munasabah dan bermaruah. Kita tidak boleh meninggalkan prinsip menghormati perbezaan yang telah diajar oleh agama dan tamadun kita, menyuruh kepada kebaikan dan menjauhi kemungkaran,” kata Mustafa lagi.

Beliau juga berpendapat, suara dari negara-negara dan organisasi Islam sangat lemah dalam berhadapan dengan tindakan provokatif ini. Tegasnya, reaksi di peringkat tertinggi dalam badan antarabangsa diperlukan selain respon individu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: