Antarabangsa

Ikon Fesyen Ralph Lauren Dituduh Ciplak Corak Pribumi Mexico

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MEXICO CITY, 21 OKTOBER – Pengerusi Suruhanjaya Hal Ehwal Kebudayaan Mexico, Beatriz Gutierrez yang juga merupakan isteri kepada presiden negara tersebut telah membuat tuduhan terhadap jenama terkenal Amerika Syarikat (AS), Ralph Lauren.

Syarikat fesyen terkenal itu dituduh menciplak rekaan-rekaan daripada masyarakat pribumi Mexico bagi produk mereka.

Gutierrez telah menulis di media sosialnya berserta gambar pakaian daripada jenama terkenal tersebut dengan mengatakan,

“Hey Ralph: Kami memang sedar yang kamu memang suka akan rekaan-rekaan Mexico.”

“Walau bagaimanapun, dengan menciplak rekaan-rekaan ini, kamu sebenarnya telah melakukan plagiat, dan sebagaimana yang kamu tahu, plagiat itu adalah haram dan tidak bermoral,” ujarnya lagi menerusi tulisan di laman sosial.

Pada hantaran di media sosial tersebut, Gutierrez telah memuat naik gambar sehelai jaket dengan label jenama terkenal itu, di mana beliau mendakwa bahawa rekaan tersebut sama dengan rekaan etnik pribumi Mexico, Contla dan Saltillo.

Mexico sudah beberapa kali mengutuk amalan yang dianggap plagiat oleh pereka asing yang menggunakan motif, sulaman serta warna yang sama dengan komuniti pribumi mereka. Sebelum ini, mereka telah membuat aduan mengenai jenama-jenama pakaian terkemuka termasuklah Zara, Mango dan SHEIN.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: