Tempatan

Kekuatan 300 Melayu, DAP Tanding Kerusi Majoriti Melayu PRU-15 – Anthony Loke

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PERAK, 06 Oktober 2022 – Dengan kekuatan ahli seramai 300 orang, Setiausaha Agung Democratic Action Party (DAP), Anthony Loke memaklumkan bahawa parti tersebut akan bertanding di lebih banyak lagi kawasan majoriti Melayu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Menurut kenyataan Anthony, keputusan tersebut adalah untuk menyasarkan lebih banyak bilangan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang akan ditandingi pada PRU-15 nanti.

“Perkara ini kita telah rundingkan, memang ada pertambahan kerusi untuk DAP di negeri ini cuma kerusi mana dan jumlahnya, itu kita biarkan dahulu untuk diumumkan secara bersama, kita tidak mahu membuat pengumuman secara persendirian.”

“Keseluruhannya di Perak ada 24 kerusi Parlimen, 24 kerusi ini ada potensi kita boleh menang. Penyandangnya yang terdiri daripada Ahli Parlimen PH ada 13 kerusi yang kita menang pada PRU 14, termasuk Parlimen Tambun,” katanya selepas merasmikan Konvensyen DAP Perak, Ahad lalu.

Sebelum ini, DAP Perak telah mencipta sejarah baru apabila berjaya menubuhkan cawangan Melayu terbesar di Perak iaitu cawangan DAP Parit yang terdiri dari 313 orang ahli-ahli Melayu dan diketuai orang Melayu sendiri kerana Parit merupakan kawasan yang hampir 100% penduduknya adalah orang Melayu.

Penubuhan ini menjadikannya sebagai cawangan DAP paling ramai Melayu di Perak dan diketuai, Pengerusi Jawatankuasa Penaja, Tarmizi Mohd. Jam yang juga merupakan Calon Amanah yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: