Tembakan Rambang Bekas Polis Ragut Nyawa Lebih 37 Orang, 24 Kanak-Kanak
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
THAILAND, 07 Oktober 2022 – 24 kanak-kanak terkorban dalam insiden tembakan rambang yang dilepaskan oleh seorang bekas pegawai polis yang menyerbu sebuah taska di timur laut Thailand dengan bersenjatakan senapang patah, pistol dan pisau. Jumlah kematian menjangkau 37 orang kesemuanya.
Pihak polis memaklumkan, suspek melepaskan tembakan ke arah pusat jagaan kanak-kanak di wilayah Nong Bua Lam Phu itu kira-kira jam 12:30 tengah hari sebelum melarikan diri dari tempat kejadian dengan menaiki sebuah kenderaan.
Kolonel Polis Jakkapat Vijitraithaya melaporkan, 24 kanak-kanak yang maut dalam insiden malang ini berumur antara dua hingga tiga tahun.
Suspek dikenal pasti sebagai Panya Khamrab merupakan bekas Leftenan Kolonel Polis yang telah dipecat daripada pasukan tahun lalu kerana terlibat dengan dadah.
“Pembunuhan beramai-ramai itu berlaku kurang sebulan selepas seorang pegawai tentera yang sedang berkhidmat menembak mati dua rakan sekerja di pangkalan latihan tentera di ibu negara Bangkok,” lapor sebuah portal.
Susulan itu, Pol Jen Damrongsak yang merupakan penasihat rapat kepada Raja Thailand memaklumkan, Baginda turut berkenan untuk menguniakan bantuan kepada keluarga mangsa kejadian pembunuhan tersebut.
Berdasarkan laporan media luar sebelum ini, walaupun Thailand mempunyai kadar pemilikan senjata yang tinggi, penembakan besar-besaran amat jarang berlaku.
“Pada 2020, dalam salah satu insiden terburuk pernah dicatatkan, seorang askar menembak mati 29 orang dalam kejadian amuk 17 jam dan mencederakan lebih banyak lagi sebelum dia ditembak mati oleh komando.”
Tembakan beramai-ramai itu dikaitkan dengan pertikaian hutang antara lelaki bersenjata Sarjan-Mejar Jakrapanth Thomma dan seorang pegawai kanan tentera.”