Tempatan

Bau Najis Ayam Bakal “Hidangan” Pelajar Tahfiz

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SEPANG, 21 Oktober 2022 – Pelajar di sebuah sekolah tahfiz bakal dihidangkan bau najis ayam susulan daripada projek pembinaan ladang ternakan ayam di sekitar Kampung Tanjung Sepat dengan jarak di antara dua kawasan tersebut yang telalu hampir.

Bukan itu sahaja, Sekolah Rendah Agama Tanjung Sepat, Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Sepat, Klinik Kesihatan Tanjung Sepat dan beberapa buah rumah penduduk di kampung tersebut akan turut menerima nasib yang sama.

Bekas Ketua Kampung Tanjung Sepat, Farouk Amron, 74, telah bertindak dengan meminta kerjasama daripada Jawatankuasa Tindakan Daerah (JKTD) untuk mengambil tindakan dan menyelesaikan isu berkenaan.

“Saya difahamkan penternakan ayam ini sama seperti di Kampung Kundang dan mereka nak buat satu lagi malah lebih besar di Tanjung Sepat.”

“Mereka mahu jadikan Tanjung Sepat ini seolah-olah tong sampah sedangkan murid dari empat kampung sekitar semuanya bersekolah di sini termasuk sekolah agama.”

“Jadi, kami rayu agar JKTD dapat ambil tindakan sebaik mungkin kerana kawasan ini dikatakan masih tanah pertanian dan kami tengok papan tanda pun tiada, buatlah tindakan segera dan batalkan projek ini,” ujarnya.

Samudera.my sebelum ini melaporkan nasib malang yang menimpa penduduk Kampung Sepat apabila terpaksa berdepan bau busuk yang terhasil daripada projek pembinaan ladang ternakan ayam selepas isu pencemaran bau dari ladang ternakan babi.

Hal ini kerana, penduduk di kampung tersebut tertekan selama 30 tahun kerana sukar untuk menjalani kehidupan dengan baik bersama pengudaran yang bersih.

Hampir kesemua kampung yang berada berhampiran Tanjung Sepat mempunyai ladang ternakan babi seperti di Kampung Tanjung Layang, Kampung Gadong, Kampung Batu Untung dan Kampung Tumbuk.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: