Tempatan

Ramalan Cuaca Sempena Hari Deepavali – METMalaysia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 21 Oktober 2022 – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) meramalkan hujan di sana sini dan ribut petir dijangka berlaku semasa sambutan Deepavali, Isnin ini.

MET Malaysia dalam laman web rasminya melaporkan, hujan dan ribut petir bakal berlaku di kawasan pantai Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah (Bahagian Tawau dan Pedalaman) dan Wilayah Persekutuan Labuan pada sebelah pagi.

“Bagi waktu petang pula, hujan dan ribut petir di satu dua tempat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Terengganu, Kelantan, Pahang, Sarawak, Sabah (Bahagian Kudat, Pantai Barat, Pedalaman, Sandakan dan Tawau).”

Dalam pada itu sebelah malam pula, hujan dijangka turun di satu dua tempat di Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang (Pekan, Kuantan, Rompin, Maran, Bera, Temerloh, Bera dan Bentong), Terengganu, Kelantan, Sarawak (Sri Aman, Sarikei, Mukah, Kapit dan Bintulu), Sabah (Bahagian Pedalaman, Sandakan dan Tawau) dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Tempat-tempat lain yang tidak dinyatakan mengikut waktu dikeluarkan dijangka alami cuaca baik dan cerah,” katanya.

Rakyat Malaysia yang beragama Hindu akan menyambut perayaan Deepavali pada hari Isnin ini, 24 Oktober 2022.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: