Antarabangsa

Universiti Berprestij Tidak Lagi Melabur Untuk Syarikat Senjata Rejim Aparteid Israel

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

DUBLIN, 21 Oktober 2022 – Salah satu universiti berprestij di Ireland mengumumkan bahawa ia menarik diri daripada melabur dalam syarikat senjata yang berkomplot dengan rejim haram aparteid Israel.

Langkah itu dibuat oleh Kolej Trinity di Dublin berikutan pelancaran petisyen oleh kempen Trinity Boikot, Pelupusan dan Sekatan (BDS) yang mendesak pihak universiti ‘meloloskan diri daripada industri perang’.

Pengerusi Students4Change, Laszlo Molnarfi mendedahkan bahawa kolej itu mempunyai kira-kira €2.5 juta (RM11.6 juta) pelaburan ekuiti dalam industri persenjataan dan pertahanan.

“Ini termasuk syarikat yang menghasilkan senjata atau teknologi keselamatan yang digunakan oleh Israel untuk melakukan pembersihan etnik dan melaksanakan aparteid terhadap rakyat Palestin seperti Lockheed Martin, Raytheon Technologies dan BAE Systems,” ujar Trinity BDS.

Mengulas lanjut, penandatangan petisyen tersebut menyeru Kolej Trinity Dublin untuk mengambil pendirian berprinsip menentang aparteid, pendudukan tentera dan kolonialisme di Palestin dengan menyokong prinsip kempen BDS.

Justeru itu, bagi memberi respon terhadap petisyen berkenaan, jurucakap kolej mengatakan, “Trinity telah menyusun semula portfolio ekuitinya secara menyeluruh dan tiada pelaburan yang melibatkan mana-mana syarikat yang disebut.”

Pada bulan lalu, Trinity BDS telah membuat protes di luar Leinster House iaitu Parlimen Ireland bagi menggesa penyiasatan terhadap aparteid Israel.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: