Antarabangsa

COVID-19: Kepulauan Marshall Isytihar Darurat Kesihatan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KEPULAUAN MARSHALL, 16 Ogos 2022 – Darurat kesihatan telah diisytiharkan di Kepulauan Marshall susulan penularan wabak COVID-19 dengan begitu pantas.

Pada Jumaat baru-baru ini, Presiden Marshalls, David Kabua menandatangani “Darurat Kesihatan” untuk memberi kerajaan akses kepada pembiayaan kecemasan.

Menurut kenyataan Setiausaha Kesihatan Jack Niedenthal, wabak COVID-19 yang merebak begitu pantas menjangkiti lebih satu persepuluh penduduk di Majuro, Kepulauan Marshall dalam masa seminggu.

“Kami sedang bersiap sedia untuk menghadapi bahagian paling sukar dalam wabak sekarang di Majuro.”

Kepulauan Marshall yang sebelum ini menjadi salah satu negara terakhir kekal bebas dari wabak COVID-19 dengan mempraktikkan peraturan kuarantin ketat kini melaporkan lonjakan kes positif COVID-19 sehingga 3,000 kes dan tiga kematian direkodkan dengan populasi sekitar 42,000 penduduk di seluruh pulau.

Dalam pada itu, Jack Niedenthal juga menjangkakan wabak tersebut akan terus menular di Majuro berikutan jumlah kes yang meningkat dua kali ganda dari Sabtu hingga Ahad.

China sebelum ini melanjutkan perintah berkurung bagi membendung penularan kluster COVID-19 di negara tersebut.

Selain itu, China juga memberi amaran kemunculan semula wabak COVID-19 yang pernah menjadi pandemik di seluruh dunia.

Menurut Jurucakap Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC), Mi Feng, ia susulan negara tersebut kini sedang berdepan wabak COVID-19 yang terbaru dengan kadar kebolehjangkitan yang pantas.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: