Antarabangsa

China & ASEAN Teruskan Rundingan Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JAKARTA, 14 Julai 2023 – China dan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) meneruskan rundingan mengenai versi ketiga perjanjian perdagangan bebas dalam sidang kemuncak ASEAN di Jakarta semalam.

Menerusi sebuah laporan, Diplomat Tertinggi China, Wang Yi berkata, “Kedua-dua pihak giat mempromosikan rundingan kawasan perdagangan bebas versi 3.0 dan menggesa pelaksanaan penuh Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).”

BACA JUGA: Ternak Ayam Ladang Babi: Bukti Penguatkuasaan Lemah, CAP Gesa Siasat Semua Ladang

BACA JUGA: Gagal Pertahan LGBTQ, Kumpulan NGO Liberal Desak Pesuruhjaya SUHAKAM Letak Jawatan

BACA JUGA: Polis Siasat Kegiatan Jual Darjah Kebesaran Pahang Secara ‘Online’

RCEP merupakan blok perdagangan terbesar di dunia yang disokong oleh China dan dilihat sebagai alternatif kepada Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP). Ia dikatakan meliputi hampir satu pertiga daripada penduduk dunia.

Sementara itu, Wang Yi menekankan bahawa China akan terus mengukuhkan perkongsian strategik yang komprehensif dengan ASEAN sekali gus mewujudkan persekitaran strategik yang lebih berkuasa untuk pembangunan dan pemulihan kedua-dua pihak serta keamanan dan kestabilan jangka masa panjang di rantau ini.

Sebelum ini, jurucakap Lv Daliang menyatakan bahawa China dan ASEAN adalah rakan dagang terbesar dengan asas kerjasama yang kukuh dan potensi pembangunan yang tinggi. Kedua-dua pihak itu mempunyai nilai dagangan mencecah RM2.06 bilion pada Januari-Jun.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: