Antarabangsa

Lawatan Ke Taiwan: Pelosi Main Dengan Api – China

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BEIJING, 03 Ogos 2022 – “Amerika Syarikat sedang melakukan “helah yang sangat berbahaya” ke atas Taiwan dan “mereka yang bermain api akan terbakar”,” kata Duta Besar Beijing ke London, Zheng Zeguang.

Amaran ini dikeluarkan susulan lawatan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi ke Taiwan semalam di mana Pelosi menyatakan bahawa tujuan lawatan itu adalah bagi “menghormati komitmen tidak berbelah bahagi Amerika untuk menyokong demokrasi Taiwan yang bersemangat”.

Zheng Zeguang dalam Twitternya turut menyifatkan lawatan ahli politik AS paling kanan itu sebagai satu tindakan yang tidak bertanggungjawab, provokatif dan berbahaya.

Malah, ia juga melanggar Dasar Satu China dan peruntukan 3 komunike bersama China-AS (3 Sino-US joint communiqués).

Kata Duta Besar itu lagi, lawatan Pelosi ke Taiwan itu bahkan melanggar kedaulatan dan integriti wilayah China di samping menggugat keamanan dan kestabilan merentasi Selat Taiwan.

Menurutnya, ada satu sahaja China di dunia dan Taiwan adalah sebahagian daripada negara itu.

Oleh itu, lawatan Nancy Pelosi ke Taiwan pada bila-bila masa sepanjang tempoh perkhidmatannya sama sekali tidak boleh diterima oleh China.

“Pihak China akan mengambil langkah tegas yang perlu untuk menjaga kedaulatan dan integriti wilayah. Semua akibat yang timbul daripadanya mesti ditanggung oleh pihak AS dan pasukan pemisah “kemerdekaan Taiwan”,” tegas Zheng Zeguang

Dalam masa sejam selepas ketibaan pesawat Pelosi, China mengumumkan akan melakukan beberapa siri latihan ketenteraan secara langsung di udara dan di laut sekitar Taiwan akhir minggu ini – memberi amaran kepada kapal dan pesawat agar tidak memasuki kawasan yang terjejas.

Taiwan telah ditadbir secara bebas daripada China sejak 1949 tetapi Beijing menganggap Taiwan sebagai wilayahnya dan berikrar akan ‘menyatukan’ Taiwan dengan tanah besar menggunakan kekerasan jika perlu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker