Tempatan

COVID-19 Punca Kanser Lewat Dikesan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 23 Jun 2022 – Pengarah Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) Dr Murallitharan Munisamy memaklumkan, program saringan kanser negara terganggu akibat kebanyakan sumber hospital disalurkan untuk memerangi wabak COVID-19 sejak dua tahun lalu.

Jelasnya, kerana kehilangan banyak keupayaan saringan, kebanyakan kes kanser dikesan pada peringkat seterusnya sama ada pada tahap tiga atau empat.

“Saya boleh katakan 40% hingga 50% daripada semua pesakit sedang didiagnosis pada peringkat seterusnya,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Menurutnya, Malaysia secara purata melaporkan kira-kira 20,000 kes kanser baharu setiap tahun dan pada tahun 2020, terdapat 48,639 kes kanser baharu dicatat di negara ini berdasarkan laporan Global Cancer Observatory 2021.

Tambahnya lagi, keadaan itu boleh menjadi lebih buruk kerana negara masih melaporkan kes COVID-19 setiap hari dan belum beralih sepenuhnya kepada endemik seterusnya akan menjejaskan perbelanjaan rawatan pesakit kanser.

“Saya boleh bayangkan masalah itu semakin teruk kerana kami masih merawat pesakit COVID-19 sehingga ke hari ini.”

“Ini bermakna perbelanjaan merawat pesakit COVID-19 ada dan itu mungkin sebab mereka (Kerajaan) tidak boleh berbelanja terlalu banyak untuk penyakit kronik seperti kanser,” katanya.

Beliau turut memberitahu ubat-ubatan untuk pesakit kanser juga berkurang kerana ramai pesakit telah beralih kepada hospital awam.

“Bayangkan 60% hingga 70% yang menghidap kanser datang semula ke hospital Kerajaan kerana orang kehilangan pekerjaan.”

“Apabila mereka kehilangan pekerjaan, mereka juga kehilangan insurans yang diberikan syarikat sebelum ini.”

“Jadi, tanpa insurans, mereka perlu kembali ke hospital Kerajaan. Ramai orang kini tidak mempunyai wang dan mereka bergantung kepada kerajaan.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: