Antarabangsa

Kenaikan Harga Daging Babi Punca Kadar Inflasi China Meningkat

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BEIJING, 15 Oktober 2022 – China mengalami lonjakan kadar inflasi mencecah paras tertinggi dalam tempoh dua tahun pada September berikutan kenaikan harga daging babi.

Data rasmi menunjukkan, indeks harga pengguna (CPI) negara yang juga pengukur utama bagi inflasi runcit, dikesan meningkat daripada 2.5 peratus pada Ogos kepada 2.8 peratus pada bulan lalu.

Bacaan itu adalah yang tertinggi sejak April 2020, ketika negara cuba bangkit daripada gelombang pertama penutupan COVID-19.

Menurut NBS, harga daging babi melonjak 36 peratus.

“Dengan jangkaan meningkat, sesetengah penternak babi enggan menjual dan harga terus meningkat,” kata Pegawai Statistik Kanan NBS, Dong Lijuan

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, pihak berkuasa China berulang kali campur tangan dalam rizab daging babi kerana harga yang melambung tinggi sekali gus mencetuskan kebimbangan inflasi.

Dalam pada itu, cuaca ekstrem melanda petani turut menyumbang kepada kenaikan kadar inflasi negara itu.

Dengan suhu melebihi 40 darjah Celsius selama beberapa minggu telah menyebabkan berlakunya kemarau pada Ogos.

“Harga sayur-sayuran segar meningkat 6.5 peratus tahun ini, susulan suhu tinggi dan taburan hujan yang rendah,” kata Dong Lijuan lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: