Antarabangsa

Lebih 80,000 Pelancong ‘Terperangkap’ Di China

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SANYA, 09 Ogos 2022 – Lebih 80,000 orang pelancong dipercayai terkandas di Sanya, sebuah destinasi peranginan di China gara-gara lockdown yang dikuatkuasakan di sana susulan penularan wabak COVID-19.

Menurut laporan, pengunjung perlulah mendapatkan lima keputusan ujian PCR yang negatif dalam jangka masa 7 hari sekiranya mahu keluar dari kawasan tersebut.

Kerajaan China juga dikatakan telah membatalkan sebarang penerbangan dan perjalanan kereta api dari Sanya berkuatkuasa Sabtu baru-baru ini susulan jumlah kes baru COVID-19 yang meningkat di sana.

Menurut laporan, syarikat hotel diminta untuk memberikan diskaun 50% kepada pengunjung yang terkesan dengan situasi berkenaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker