Antarabangsa

Xi Jinping: Islam Mesti Ikut Acuan Sosialis China

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BEIJING, 20 JULAI 2022 – Presiden China, Xi Jinping mengeluarkan kenyataan bahawa Islam di China mestilah mengikut orientasi China. Kenyataan tersebut dinyatakan dalam memberi penekanan bahawa agama-agama di negara tersebut hendaklah mengikut acuan masyarakat sosialis yang kini diamalkan oleh pihak pemerintah iaitu Parti Komunis China.

Jinping mengeluarkan kenyataan berkenaan setelah kali pertama beliau melawat ke daerah, Xinjiang sejak 2014 di mana sekitar 1 milion etnik Uyghur dan lain-lain etnik minoriti Muslim dikatakan telah ditahan di kem-kem tahanan.

Penekanan kini diberikan terhadap memupuk nilai-nilai sebagai bangsa China. Justeru, Jinping memberi perhatian khusus terhadap keperluan bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran urusan keagamaan.

Jinping juga menyatakan bahawa terdapat usaha perlu dipertingkatkan bagi memastikan pengaruh parti terhadap keperluan beragama rakyat adalah luas dan rapat serta mempunyai kesatuan yang erat, sebagaimana yang dilaporkan oleh agensi berita tempatan China, Xinhua.

Presiden itu juga meletakkan kepentingan terhadap identiti budaya, di mana beliau telah menyeru untuk mendidik rakyat dari segenap etnik di China untuk mengukuhkan jati diri mereka dengan tanah air, berdasarkan acuan pemerintah.

Jinping yang kini diramalkan kekal memerintah negara tersebut bagi penggal ketiga, juga diramalkan untuk terus menjadi Presiden yang terlama dalam Parti Komunis China walaupun terdapat pelbagai kritikan antarabangsa yang dilontarkan.

Polisi mengenai keagamaan yang dibawa oleh Jinping itu didakwa olehnya sendiri sebagai membantu melawan ancaman “ekstremis Islam”. China sebelum ini menuduh Pergerakan Islam Turkistan Timur, yang mana pergerakan tersebut bergerak aktif di rantau itu sebagai kelompok pelampau yang banyak menjalankan serangan keganasan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: